Pantun Buat Sahabat








Sahabat sejati sahabat setia,
Ikhlas bersahabat membawa berkat,
Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat.

Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat,
Buat panduan dimana berada,
Agar persahabatan membawa berkat.

Suka duka dikongsi bersama,
Hadapi cabaran dengan tenang,
Sahabat sejati berhati mulia,
Sanggup bersama susah dan senang.

Semasa di dunia baik dihargai,
Jangan sampai pergi tak kembal,
Bermacam-macam kawan boleh dicari,
Tak mungkin sama sahabat sejati.

Surat Untuk Sahabat













Wahai Teman...
Adakah kau ingat cerita kita ?
Ya... kita berdua...
Meredah suka duka..
Berkongsi rahsia kita...
Walaupun aku mengukir senyuman...
Senyuman yang paling indah...
Kau masih dapat melihat isi hatiku...
Yang ketika itu kecewa...
...dan sedih

Berdebar Hati...
Hilang susunan kata-kata...

Wahai Teman...
Adakah kau ingat cerita kita ?
Ya... kita berdua...
Yang dulunya asing...
Dari dunia yang berbeza...
Tidak lama wahai teman...
Terbina ikatan antara kita...
Tiada dinding rahsia...
Ya... Ikatan ini akan berpanjangan...
Tiada tarikh luput...

InsyaAllah...
Wahai Teman...
Kaulah Sahabat...
Walau namaku kabur disudut kecil hatimu...
Kau tetap terpahat jauh kedalam hatiku...


Tersebutlah Surat Untuk Sahabat...