Benarkah Suara Itu Aurat Atau Bukan?? ^_^

Assalammualaikum...lamanye tak post...ye ke lama??..okey tajuk harini yang Miss Min nak cerita ialah tentang "Benarkah Suara Itu Aurat Atau Bukan??"
Silalah baca entry min ni ye..:)



Kenyataan yang menyatakan bahawa suara wanita adalah aurat adalah satu kenyataan yg bercanggah dengan dalil dan ajaran Islam yang sebenar. Walaupun mungkin ianya dikeluarkan dengan tujuan untuk menjaga maruah wanita daripada terjadinya perkara2 yg buruk, namun sebenarnya ia lebih bersifat merendah2kan martabat kaum wanita. Sedangkan suara itu adalah alat berkomunikasi yang penting. Takkan nak tutup mulut dan gunakan bahasa isyarat, sedangkan wanita itu bukanlah seorang yang bisu~~


Bila dikatakan suara wanita itu aurat, maka bercakap sahaja dengan lelaki sudah boleh menjadikannya berdosa. Padahal itu bukanlah hukum yg sebenarnya. Kerana berkata-kata, sama juga melihat-lihat dan juga mendengar-dengar adalah harus.Oleh itu, hukum suara wanita bukanlah aurat. Sekalipun jika beliau bercakap dengan lelaki bukan mahram.Yang dilarang cumalah melunakkan suara dengan tujuan menggoda. Khususnya dalam bab suara. Belum 
masuk isi percakapan lagi.

Suara lunak dan menggoda ini, memang ada larangan di dalam al-Quran :

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (al-Ahzab : 32)


Melunakkan suara yg menggoda ini tak sama dengan bercakap lembut. Menggoda ni ada sedikit unsur mengada2 (gedikss) dalam percakapan. Contohnya “Awak dah makan kewww?”.. “Sayeww tak sukeww tawww” dan lain-lain.. ni contoh je tau..Berbalik kepada persoalan bolehkah wanita menyanyi??..Kerana menyanyi ini termasuk dalam melunakkan suara. Maka di sini, terdapat 2 pendapat..Ada yang mengharuskan dengan syarat, dan ada yg 
mengharamkan.

Min nak bagitau yg mengharuskan iaitu dengan syarat tidak melanggar batas syariat Islam seperti adanya tarian atau meminum minuman keras dalam majlis itu. Selain itu, nyanyian juga hendaklah tidak menaikkan nafsu pendengar. Contohnya, macam lirik lagu dikocok2, "sungguh ku tak sanggup menahan rindu..ahhh ahh". Tariannya pula ada goyang punggung, goyang gergaji, goyang skrudriver dan lain-lain.Lagu yang pasti tiada unsur2 ini sudah tentu lagu2 berunsur ketuhanan seperti lagu nasyid dan lagu-lagu yang memuji tuhan.Namun begitu, dalam kaedah usul ada mengatakan “Keluar daripada khilaf itu lebih terpuji”. Maka, lebih baik mengambil pendapat yang mengatakan haram tetapi jangan membangkang mereka-mereka yang berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya harus. Ketatkan hukum dalam diri kita, dan bertolak ansurlah dengan orang lain.

* Berapa ramai orang lelaki yg jatuh cinta dengan suara Siti Nurhaliza.. walaupun kecantikan beliau biasa2 
saja, betul tak??

Sudah faham..sekarang??
Assalammualaikum :)

Cara-Cara Menutup Aurat Dengan Sempurna :)

Assalammualaikum..Hari ni min nak cite "sikit"..ehhh silap "banyak" ..hihi :)..Okey min nak cite banyak tentang cara menutup aurat dengan sempurna..Dengan lafaz Bismillah hirammah nirrahim...Jemputlah baca entry min dan semoga anda semua boleh mengambil manfaat dari entry min ni ^_^





Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang sudahpun diketahui umum umat Islam. Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadis dan kesepakatan para ulama. Akan tetapi ramai umat Islam yang mengabaikan dan bersifat acuh tak acuh akan tuntutan dan kewajipan menutup aurat ini, baik lelaki mahupun perempuan.


Apa yang menyedihkan ialah cara atau tren berpakaian segolongan individu, khususnya perempuan, tidak menepati dengan apa yang digariskan oleh syara‘. Pakaian yang mereka pakai bukan untuk menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan semata-mata agar dipandang cantik dan bergaya.

Lebih mengecewakan lagi, anggapan sesetengah individu itu bahawa memadai apabila dia memakai tudung sahaja, maka sudah bermakna dia menutup aurat.Sedangkan pakaian yang dipakai nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘, seperti memakai seluar yang ketat atau pakaian pendek, nipis (jarang) dan kain berbelah, sama ada mereka sedari ataupun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai itu adalah mengghairahkan. Bahkan cara bertudung pun masih menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau disembunyikan.


Ada pula yang memakai pakaian yang lengkap menutup aurat pada waktu-waktu tertentu sahaja, seperti ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan dan kedukaan seperti kematian, tetapi tidak pada waktu-waktu lain.

Sikap sebahagian wanita-wanita muslimah seumpama ini menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar menutup aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.



Tuntutan Menutup Aurat Adalah Perintah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala

Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mewajibkan lelaki mahupun perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan cara-cara menutup aurat itu. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara‘ bererti mentaati perintahNya. Bilamana menutup aurat merupakan suatu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu kederhakaan.


Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan. Ancaman dan balasan Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat melanggar tuntutan ini ialah laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya itu tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat dihidu oleh mereka, sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya:


“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu, kita hendaklah mengenakan pakaian untuk menutup aurat sebagaimana yang disuruh syara‘ kerana mentaati perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya kerana tuntutan fesyen semasa atau kesesuaian tempat dan keadaan.


Menutup Aurat Nikmat Anugerah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala


Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan bahan-bahan pakaian di muka bumi dan memberikan manusia keupayaan menghasilkan pakaian sebagaimana yang ditegaskan melaluifirmanNya:Tafsirnya:

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (Surah al-A‘raaf: ayat 26)


Ayat ini menjelaskan bahawa bahan pakaian yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya itu sebagai tanda-tanda limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya untuk menutup aurat mereka. Maka mereka yang mengabaikan kewajipan ini dengan mendedahkan aurat mereka adalah orang-orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai nikmat tersebut.


Banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapat daripada kewajipan menutup aurat ini. Islam tidak mensyariatkan sesuatu melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.Tuntutan menutup aurat ke atas wanita adalah untuk kebaikan bagi diri kaum wanita juga.

Di antara rahsia atau faedah menutup aurat yang khusus bagi wanita sepertimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an ialah untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik dan dengan berpakaian sedemikian, maka mereka tidak akan diganggu. Secara tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat atau berlakunya perkara yang buruk, umpamanya kes rogol.

Oleh itu, kewajipan menutup aurat juga merupakan satu nikmat yang wajib disyukuri, iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan ini.


Bagaimana Cara Menutup Aurat Yang Dituntut Syara‘?


Sebelum dijelaskan cara menutup aurat bagi wanita sebagaimana yang dituntut oleh syara‘, perlu disebut terlebih dahulu bagaimana aurat wanita itu di hadapan lelaki bukan mahramnya. Secara sepintas lalu, bagaimana aurat perempuan dalam sembahyang, maka itulah juga auratnya di luar sembahyang. Apa yang boleh nampak di hadapan orang-orang yang bukan mahramnya hanyalah kedua tapak tangan dan muka sahaja, manakala keseluruhan anggota badan yang lain merupakan aurat yang wajib ditutup.


Cara berpakaian bagi perempuan yang sempurna menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki syara‘ itu dirujuk kepada firman Allah Ta‘ala:Tafsirnya:


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59)


Dalam ayat di atas telah jelas menyatakan bahawa pakaian yang dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh tubuh pemakainya. Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya hadis yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha:Maksudnya:


“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.”  (Hadis riwayat Abu Daud)


Berdasarkan kepada dua dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut:


1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.


2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.


3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.



Dah baca dah?? 


Okey tu la cara-cara menutup aurat dengan sempurna..


Dah faham dah kan??


Lepas ni jom sama-sama kita ubah pakaian kita..Okey :)


Assalammualaikum ^_^

Tips menghafal “Muka Surat” Al-Quran yang Menakjubkan ^_^

Assalammualaikum..Hari ni Min nak cerita sedikit tentang Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini Min nak kongsikan dengan rakan-rakan semua formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang "standard" sahaja.

Contoh 1         
Jika rakan-rakan ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82.
Sekarang lihat pada Quran dan rakan2  akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menakjubkan dan Menarikkan??

Contoh 2
Jika rakan-rakan ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182.

Contoh 3
Jika rakan-rakan ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442.

Subhanallah, sungguh menakjubkan :)

Ajarkanlah pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran.

Aminn...

Rakan2 semua boleh menggunakan tips ni dan sebarkan kepada semua yang baru nak belajar.

 Okey..

Assalammualaikum..