Puisi: Insan Bergelar Guru

Kau memberi ku kekuatan
jua iltizam baru
Tidak pernah dirimu melupakan ku
Detik manis antara kita
Takkan pernah ku lupakan.

Pesanmu
masih segar di benak fikiranku
Perilaku ku sentiasa menyakitimu
tetapi
Kau masih menerimaku
Betapa jahil,
    Betapa lalai,
          Betapa alpa diriku
Nasihatmu ku ketepikan
kerana
Duniawi yang durjana.

Keampunan ku mohon daripadamu
Ku merayu
Tanpa ku sedar,
air mataku membasahi pipi,
“Tolong maafkan daku!”
tetapi
tidak terlafaz
kata kemaafan dari bibirku.
  
Airmataku deras berlinangan
Airmata kesedihan,
     Airmata kerinduan,
Mungkin juga
     Airmata penyesalan ?
Biarlah Pencipta Alam sahaja yang tahu.

Ku mengerti
Waktunya sudah terlambat
Roh dipisah dari jasad
Itu lumrah manusia
Tiada sesiapa berani mengatakan,
“Jangan ambil nyawanya!”

Tidak sempat diriku
Mengucupmu
        Memelukmu
Tidak terdaya diriku
Melafaz kata
“Kami sayang…. akan dirimu!”

Asalmu dari tanah
Lenamu juga tanah
Ingin ku kata
“Bangunlah perwiraku,
Celikkan matamu!
Lihatlah kejayaanku.”
  
Walau ku sergah,
Dirimu kekal disana.

                      “Eh, Min! Jangan kerut-kerutkan kening tau..”-kata-kata terakhir Arwah Cikgu Mila (2015).





--AL-FATIHAH--

Puisi: Pendam


Aku
kelihatan lemah
tetapi hati sekental batu
tudung labuh diselubunginya
menutupi kepala
menutupi dada
kesungguhannya dalam berbicara,
"Ya! Aku Boleh!"
dalam apa jua rintangan
menempuh onak dan liku
bertemankan kasih
kasih Pemberi Nikmat.

Bisikan kalbu
menusuk sanubari 
menganggap dirinya rendah
sedangkan tinggi pada mata manusia
dek keperibadiannya
mulia dipandang 
melegakan hati yang resah.

Impian digenggam,
di tangan jangan
ingin menjadi apa sahaja 
untuk berbakti pada nusa dan bangsa.

Lihatlah wahai pancaindera mata sekalian,
Aku  seorang Manusia
Aku  seorang Muslim 
juga Hamba bagi Kekal Abadi.

Tanpa sedar, 
tidak putus melakukan dosa.
Namun,
tidak putus menjadi seorang Muslimah Sejati!