Sahabat



Ukhuwah itu ‘Chemistry’

  Lebih sukar daripada Biologi

 Lebih rumit daripada Fizik

Namun

 tidak semudah Matematik

 tidak juga serumit Matematik Tambahan

Tetapi

 tidak seindah Bahasa Melayu

kerana dalam sahabat itu ada Sejarah.





               ‘Di sekolah kita keluarga’- 5 Sains 1(2016)

Manusia & Doktor


Dulu lemah,
Dulu sakit,
Dulu takut,

Dan sekarang  berani.

Siapa yang beri semua itu kepada kita?

Manusia ke?

Kalau kita sakit, kita pergi jumpa doktor..
Dan perkara yg sering kali dilakukan oleh setiap pesakit adalah..
Menganggap doktor sebagai tuhan.


Macam mana tu?

Ada yang merayu kepada doktor dan menyuruh doktor menghilangkan kesakitan dalam diri..
Andai kata jika doktor tidak dapat menghilang kesakitan itu, mereka menghina melalui percakapan dan menyalahkan  doktor.

                                  "Kau pembohong! Cakap boleh rawat aku!"

Kalau begini caranya, kita dah meletakkan panggilan doktor sebagai tuhan.
Jadi, mari kita fikir bersama-sama.
Allah beri otak untuk berfikir .
Bahagian otak yang mengawal  fungsi seluruh tubuh badan kita  dinamakan ‘Medula Oblongata’.

Okay.. dah ‘ter’masuk bio dah ni..
Ha ha.

 I’ll stop here.

Bye bye, dear..