Syirik Kecil & Syirik Besar ..


Assalamualaikum..



SYIRIK bermaksud Menyekutukan dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa adanya kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah SWT. Orang yang melakukan syirik itu disebuat sebagai "Musyrik".



Syirik dibahagikan kepada dua iaitu :

1. Syirik Akbar/Kabir


~Iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk dan mempercayai ada kuasa lain daripada kuasa Allah SWT. Syirik Akbar juga apabila seseorang menyembah selain daripada Allah SWT atau memperlakukan sesuatu benda yang bukan manusia, umpamanya kubur, tempat keramat, pokok, patung, pedang dan sebagainya sebagai tuhan. Menghormati dan memuja benda-benda tersebut serta merasakan dirinya lebih rendah dari benda itu atau memohon perlindungan dan keselamatan daripada benda-benda tersebut.


~Syirik Akbar ini merupakan dosa besar yang menyebabkan seseorang masuk ke dalam neraka buat selama-lamanya. Tidak diampun dosa stirik itu melainkan dia bertaubat. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah tidak memberi keampunan terhadap orang yang mempersekutukan-Nya (syirik) dan akan  mengampunkan dosa yang selain daripada dosa (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya." ( Surah an-Nisa' : 116 )

~Syirik Akhbar atau Syirik I'tiqadi' ini akan menyebabkan seseorang terkeluar dari agama islam.

 2.  Syirik Asghar

~Iaitu  Syirik kecil atau syirik amali. Syirik jenis ini tidak menyebabkan seseorang terkeluar dari agama islam. mengenai syirik asghar, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

" Bahawa sesunggunhya jampi-jampi ( yang bukan menggunakan nama Allah atau doa-doa yang mulia yang diterima dari Nabi) dan memakai azimat adalah syirik.


~ Termasuk syirik asghar juga ialah apabila seseorang itu mengerjakan sesuatu amal ibadat kerana riak atau menunjuk-nunjuk seperti sembahyang kerana malukan isteri atau mahu dipuji...


Wallahualam...

Kelebihan Hari Jumaat Melalui Hadis Nabi Muhammad SAW ^_^

Assalammualaikum,rakan-rakan semua..Rasanye dah lama min tak buat entry baru..Kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu..Sori ye...Ada ke orang yang tertunggu-tunggu entry min ni?? Kalau ada thanks ye..Apapun tajuk hari ni min nak cerita tentang "Kelebihan Hari Jumaat Melalui Hadis Nabi Muhammad SAW".  Jemput lah baca ye..


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)


Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)


Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).


Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)


Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)


Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)



Setakat ni itu je yang min nak cerita.. 

Walaupun sikit tapi isi dia banyak..

Faham kan yang min ckp ni??

Assalammualaikum :)